Saya berjaga sehingga pukul 4.00 pagi. Asal niat nak saksikannya sehingga jam 11.00 malam. Tetapi kerana kisahnya sungguh menyayat hati dan menyentuh perasaan saya mula membuat beberapa "editing" demi untuk disebarkan kepada masyarakat umum. Kebetulan klip tersebut akan ditayangkan di majlis Sepagi Bersama Palestin di kompleks Islam Johor Bahru.
Maka hasilnya ialah 22 klip video gabungan kisah dokumentari Palestin dan Nasyid, termasuk Nasyid XIFU yang telah saya hantarkan sempelnya pada keluaran sebelum ini di:
http://www.youtube.com/watch?v=VSSaUM...Saya editkan sehingga ia menjadi klip 3 atau 4 minit dan ada yang kurang dari 2 minit agar ia dapat ditayangkan di majlis-majlis tertentu. Biasanya orang tidak sanggup melihat klip yang panjang-panjang ketika sesuatu majlis sedang berlangsung. Cuba saksikan salah satu klip lagi yang merupakan satu sajak. Sajak ini telah dialunkan oleh anak Palestin. Insya Allah baik utk dijadikan bahan tazkirah yang berkesan terutamanya pada masyarakat kita yang begitu leka dengan hiburan.
http://www.youtube.com/watch?v=21trWB...Wassalam
Dr Hishamuddin Alham
http://ahisham2001.multiply.com/